fbpx
TASNIM kini melebarkan sayap dalam bidang peragaan.

Dulu obesiti, kini Tasnim menyinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERJALANAN hidup gadis dari Sepang, Selangor ini amat menarik.

Adnin Tasnim Mohd. Saufi memasang impian sejak kecil untuk memiliki firma reka bentuk dalaman, namun rezekinya terarah sebagai pencipta kandungan.

Kerjaya itu membuka jalan kepadanya untuk menceburi bidang peragaan sejak tahun lepas.

Tasnim. 26, turut bercita-cita mahu melebarkan sayap dalam bidang lakonan dan bergandi­ngan dengan aktor Beto Kusyairi. Kepada Kosmo! Ahad, Tasnim berkongsi mengenai dirinya.

Kosmo! Ahad: Kongsikan mengenai diri Tasnim?
Tasnim: Saya merupakan graduan Ijazah Senibina kelas pertama. Sejak kecil saya minat subjek Pendidikan Seni. Sebaik tamat belajar, saya bekerja dalam bidang senibina sebelum memberanikan diri menjadi content creator. Alhamdulillah rezeki saya dapat menyertai dunia peragaan pula selepas itu.

Apakah hobi dan minat Tasnim?
Saya sukakan aktiviti luar seperti jo­ging dan mendaki bukit serta gunung.

Pendapat Tas­nim tentang media sosial?
Pilihan di tangan kita. Jika menggunakannya secara positif, kita akan mendapat manfaat, begitu juga sebaliknya. Sebagai pencipta kandungan, saya menghabiskan enam hingga lapan sehari untuk melayari media sosial. Sebahagian masa itu digunakan untuk berinteraksi dengan pengikut selain membaca isu-isu semasa bagi mendapatkan ilham untuk kandungan.

PERNAH obes, Tasnim mengakui pernah rasa rendah diri berdepan dengan orang ramai.

Kalau berlakon, apakah watak yang Tasnim idamkan?
Ramai kata raut wajah saya agak garang, mungkin saya akan ditawarkan watak antagonis! Jika ada rezeki, saya mahu bergandingan dengan Beto Kusyairi.

Fakta menarik tentang Tasnim?
Saya pernah obesiti dengan berat badan mencecah 90 kilogram (kg) pada tahun 2020. Namun mujur saya cepat tersedar dan mula menjaga pemakanan dan kesihatan.

Ciri-ciri lelaki ideal bagi Tasnim?
Saya sukakan jejaka yang bijak. Dia perlu menjadi tempat rujukan dan pembimbing yang baik buat saya. Lelaki itu juga perlu berfikiran matang, baik hati dan bersopan santun.

Pendapat Tasnim me­ngenai sikap graduan yang suka memilih kerja?
Kita berhak cerewet dalam menentukan hala tuju kehidupan, namun jangan pula berpeluk tubuh menunggu peluang itu tiba dengan sendirinya. Bakat sahaja tidak cukup, kita perlu be­kerja keras. Graduan hari ini juga harus berani, percaya dengan kebolehan diri dan tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN