fbpx
Salah satu kumpulan pelancong yang bergambar kenangan bersama pemandu yang dilantik syarikat untuk pakej ke Hatyai baru-baru ini.

Mursyid Alharamain tawar pakej pelancongan Muslim ke Hatyai serendah RM350 seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, syarikat pengendalian umrah dan pelancongan, Mursyid Alharamain Travel & Tours (Mur­syid Alharamain) sedang membuat promosi pakej percutian mesra Muslim ke Hatyai, Selatan Thailand pada harga serendah RM350 seorang.

Pengarah Urusan syarikat, Muhammad Mursyid Abu Hassan berkata, pakej tiga hari dua malam itu ditawarkan kepada pelancong yang menunggu kenderaan bersama pemandu peri­badi yang ditempah khas di sempadan negara di Padang Besar.

Bagaimanapun, pakej penuh untuk percutian ke Hatyai selama tiga hari dua malam yang menggunakan kenderaan serta pemandu peribadi dari Kuala Lumpur ke destinasi pelanco­ngan tersebut (pergi dan balik) adalah sebanyak RM5,850 dan kenderaan tersebut boleh memuatkan sehingga 16 orang.

“Bergantung kepada pilihan mana-mana kumpulan yang mahu memaksimumkan penumpang sehingga 16 orang, jadi bayaran untuk seorang penum­pang bagi pakej penuh tersebut adalah hanya RM366.

“Pakej ini khusus untuk satu kumpulan sahaja dan ia tidak akan bercampur dengan kumpulan lain bagi mencu­kupkan jumlah sehingga 16 orang, jika kumpulan tersebut hanya ada 10 orang, jadi kos RM5,850 itu boleh dibahagikan kepada 10 orang,” katanya dalam satu taklimat di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Muhammad Mursyid me­nerangkan, pelbagai kereta mewah disediakan kepada pe­langgan dan ia dikhusus kepada hanya satu kumpulan tertentu bersama pemandu kerana mahu memberi kebebasan agar percutian dan perjalanan mereka lebih bebas serta santai.

Tambah beliau, untuk pakej tersebut, ia tidak termasuk kos makanan kerana Hatyai adalah syurga makanan dan mereka akan dibawa oleh pemandu ke destinasi yang menyediakan makanan halal di sana.

Hotel yang disediakan juga mesra Muslim dan sepanjang perjalanan tersebut, pelanggan akan dibawa ke destinasi pelancongan popular di Hatyai dan juga masjid untuk menunaikan solat apabila tiba waktunya.

Selain itu, Musyid Alharamain turut menawarkan pakej pelancongan mesra Muslim ke Korea Selatan, Turkiye dan negara lain di Eropah. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN