fbpx

BN perlu kerja keras yakinkan pengundi, penyokong akar umbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID beramah mesra dengan ahli kelab motosikal sempena Majlis Perasmian Belia Desa Madani @ KKDW di B5 Street Market, Tampoi, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi dan akar umbi bahawa kerjasama antara parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) itu demi kebaikan pelbagai kaum.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana kerjasama antara BN dan PH yang belum mencapai usia setahun itu amat menghantui pemikiran para pengundi.

Beliau berkata, perkara itu antara intipati yang perlu diberikan tumpuan apabila turun ke 191 cawangan UMNO bagi menemui semua kepimpinan di peringkat akar umbi.

“Walaupun Kerajaan Perpaduan ini tengah berjalan selama sembilan bulan tapi ia masih dibalingkan rasa kekhuatiran mengenai kerjasama kedua-dua gabungan ini.

“Dan ini bukan perkara baharu buat BN, kita pernah bekerjasama dengan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada satu ketika dahulu yang merupakan pembangkang menguasai kerajaan Pulau Pinang ketika itu.

“Penolakan ahli UMNO dan orang Melayu pada keseluruhannya ketika itu amat terkesan tapi proses pencerahan dilakukan apabila kerajaan BN telah memulakan tugasnya pada 1974,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Belia Desa Madani @ KKDW di B5 Street Market, Tampoi, di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dilaporkan berkata, BN telah melakukan post-mortem terhadap kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima laporan daripada penerangan dan ‘war room’ gabungan itu selepas keputusan tidak menyebelahi BN.

“Kita tidak lagi menoleh ke belakang sebaliknya kita akan mara ke hadapan. Saya sendiri akan turun ke 191 bahagian di seluruh negara.

“Saya berhajat untuk bertemu bukan sahaja kepimpinan empat peringkat tapi juga ketua cawangan, ketua Wanita dan Ketua Pemuda Cawangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI