fbpx

Barista hotel maut langgar penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berusia 26 tahun itu maut di lokasi kejadian.

PETALING JAYA – Seorang barista lelaki meninggal dunia setelah motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di lorong motosikal Kilometer (KM) 32 Lebuh Raya Persekutuan berdekatan Naza Auto, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu sekitar pukul 9.21 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda ADV160 melalui lorong berkenaan menghala ke Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.42 pagi.

“Lelaki berusia 26 tahun itu dipercayai terbabas sebelum motosikalnya terlanggar penghadang di sebelah kiri jalan.

“Mangsa yang bekerja sebagai barista di sebuah hotel sekitar ibu negara tersebut disahkan maut di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fakhrudin, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal Aziz di
talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI