fbpx

Maqis rampas 3,000kg makanan haiwan dari Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makanan haiwan dari Itali yang dirampas Maqis di Dermaga Air Dalam, hari ini. - Foto ihsan Maqis

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang telah menahan kemasukan konsainan makanan haiwan dari Itali di pintu masuk Dermaga Air Dalam di sini, hari ini.

Pengarahnya, Muhammad Ikram Abd. Talib berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh penguat kuasa mendapati, konsainan makanan haiwan seberat 3,000 kilogram (kg) tidak mempunyai permit import Maqis yang sah.

Susulan itu, katanya, kesemua konsainan dalam bungkusan bernilai RM46,000 itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kegagalan untuk mengemukakan permit import bagi pengimportan makanan haiwan dari Itali adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Ikram berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti dan keselamatan agromakanan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI