fbpx

Kapal angkasa India berjaya mendarat di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video siaran langsung yang disiarkan di laman web Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) menunjukkan detik Chandrayaan-3 mendarat di kutub selatan Bulan hari ini. – AFP

NEW DELHI – India berjaya mendaratkan kapal angkasa Chandrayaan-3 di Bulan sebentar tadi, sekali gus menjadikannya negara keempat di dunia yang menempa kejayaan sedemikian, lapor stesen penyiaran CNN.

Sebelum ini, hanya Amerika Syarikat, China dan bekas Kesatuan Soviet berjaya melakukan pendaratan di permukaan Bulan.

Tapak pendaratan Chandrayaan-3 lebih dekat dengan kutub selatan Bulan berbanding kapal angkasa lain dalam sejarah penerokaan.

Rantau kutub selatan dianggap sebagai kawasan berkepentingan saintifik dan strategik utama bagi negara-negara pelayaran angkasa lepas kerana saintis percaya ia menempatkan deposit ais air.

Air yang dibekukan dalam kawah berbayang itu boleh ditukar menjadi bahan api roket atau air minuman untuk misi anak kapal pada masa hadapan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi yang kini berada di Afrika Selatan bagi menghadiri persidangan BRICS, menonton pendaratan bersejarah itu dan menyampaikan ucapan menerusi penstriman video.

“Pada kesempatan yang menggembirakan ini, saya ingin menyampaikan ucapan kepada semua orang di dunia.

“Kejayaan ini adalah milik semua, dan ia akan membantu misi ke Bulan oleh negara lain pada masa hadapan,” katanya.

Misi Chandrayaan-3 dilancarkan pada pertengahan Julai lalu dan mengorbit Bumi beberapa kali bagi meningkatkan kelajuan yang diperlukan untuk perjalanannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI