fbpx

Bantuan khas RM400 buat kakitangan awam Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

ALOR SETAR – Mesyuarat Exco pertama kerajaan negeri Kedah hari ini memutuskan pemberian bantuan khas bernilai RM400 kepada setiap kakitangan awam negeri, yang akan dibayar pada pertengahan bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pemberian itu selari dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan mengenai pembayaran Bantuan Khas Penghargaan (BKP) berjumlah RM300 setiap seorang kepada kakitangan awam di peringkat Persekutuan, pada 27 Julai lalu.

Menurut Muhammad Sanusi, pembayaran bantuan khas untuk kakitangan awam negeri itu akan dibuat pada 14 September kepada 5,600 kakitangan negeri, melibatkan peruntukan kira-kira RM2.08 juta.

“Ada keputusan besar diputuskan dalam sebentar tadi iaitu pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam negeri kerana Perdana Menteri dah umum BKP kepada kakitangan awam Persekutuan sebanyak RM300 sempena pilihan raya.

“BKP itu telah dibayar sewaktu tempoh berkempen tetapi kita tak buat pada masa itu kerana takut menjadi sogokan pilihan raya. Maka kita buat keputusan ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) agar setiap kakitangan awam kerajaan negeri diberi bayaran RM400.

“Pembayaran itu akan dibuat kepada 5,600 individu melibatkan peruntukan kira-kira RM2.07 juta. Pembayaran itu akan dibuat pada 14 September depan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Sementara itu Muhammad Sanusi enggan mengulas mengenai laporan yang mendakwa terdapat rasa tidak puas hati dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), terhadap pelantikan Exco Kedah.

“Yang itu kena tanya mereka, mana boleh tanya saya kerana tak puas hati ‘dok’ kat ‘depa’. Kalau tanya saya, mana saya tahu?

“‘Hang’ (wartawan) saja nak korek kan, nak jolok, nak bagi jadi tajuk. Perkara itu tak berbangkit lagi dan dah dapat diselesaikan,” katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan, satu pertemuan antara Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali dengan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) yang bertanggungjawab terhadap agensi Persekutuan, telah diadakan selepas berakhir PRN bagi menyelaras kerja-kerja pentadbiran yang bakal dilaksanakan antara pengurusan kerajaan negeri dan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI