fbpx

La Liga: Dua gol lewat legakan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEDRI membuka tirai jaringan buat Barca pada lewat permainan ketika mereka mengatasi Cadiz pada aksi La Liga awal pagi semalam. - AFP

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez memuji aksi terbaik dipamerkan pemain baharunya, Ilkay Gundogan serta pemain muda, Lamine Yamal selepas pasukan itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Cadiz di Camp Nou awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Barcelona hampir memecahkan rekod 50 tahun mereka dengan menamatkan dua perlawanan awal musim saingan liga tanpa sebarang jaringan selepas kali terakhir ia berlaku pada 1973.

Bagaimanapun, lapan minit terakhir perlawanan menyelamatkan mereka apabila Gundogan bijak melakukan gerakan untuk mencipta umpanan yang disudahkan oleh Pedri sebelum Ferran Torres melengkapkan gol kedua pada masa kecederaan.

“Sebab itulah kami mendapatkan khidmatnya (Gundogan), dia mampu untuk melakukan kelainan,” katanya.

Xavi juga turut tertarik dengan aksi dipamerkan oleh Yamal yang mencipta sejarah menjadi pemain Barcelona paling muda melakukan debut dalam saingan La Liga pada usia 16 tahun dan hampir meledak satu gol.

Biarpun menang dengan agak selesa selepas berjaya menghasilkan dua gol, Xavi masih merasakan bahawa pasukannya itu perlu lebih klinikal di depan gawang dan menunjukkan keinginan yang kuat untuk menghasilkan jaringan.

Pada aksi berkenaan juga, Xavi turut melakukan perubahan apabila meletakkan Frenkie De Jong beraksi sebagai pemain pertahanan tengah apabila berlaku pertukaran gara-gara kecederaan dialami oleh Ronald Araujo.

“Kami percaya Cadiz akan beraksi dengan formasi 4-4-2, jadi keutamaan kami adalah memantapkan benteng untuk mengekang mereka,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI