fbpx

Kereta brek mengejut sebabkan penunggang motosikal jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal yang terjatuh selepas sebuah kereta membrek secara mengejut di hadapannya di Jalan Syed Putra, di sini, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis menyiasat tindakan pemandu kereta yang berhenti mengejut sehingga menyebabkan sebuah motosikal merempuhnya di Jalan Syed Putra, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian membabitkan dua kenderaan itu berlaku pada pukul 9.19 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa suspek seorang lelaki tempatan yang memandu di lorong pertama manakala mangsa seorang lelaki tempatan menunggang di lorong kedua.

“Kedua-dua mereka bergerak dari arah Pusat Bandar Kuala Lumpur menghala ke Mid Valley.

“Semasa di lokasi kejadian, suspek telah memandu secara melulu serta merbahaya dengan mengubah haluan ke lorong kedua dan membrek secara mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sarifuddin, mangsa yang gagal mengawal motosikalnya telah melanggar belakang kereta terbabit sebelum terjatuh.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebelum ini , tular satu video papan pemuka di media sosial yang memaparkan sebuah kereta memberhentikan kenderaannya secara mengejut di hadapan penunggang motosikal.

Turut dipaparkan, penunggang motosikal bertindak mengangkat tangan menunjuk ke arah kereta tersebut sebelum kemalangan berlaku.- KOSMO! ONLINE

@smfsnh33 @PDRMsiaOfficial tolong ambil tindakan pada orang yang pandu kereta no. plat BQA 1188. #tolongviralkan #pembulijalan #fyp #20082023 #carisampaidapat #beritaviral #terkini #viral #tiktokviral #pdrmmalaysia #federalhighway ♬ original sound – smfsnh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI