MIRI – Seorang wanita warga emas bernasib baik apabila hanya cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kediamannya di bangunan Parkson di sini, malam tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.33 malam daripada anak mangsa, dan segera mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi kejadian mendapati mangsa sedang terbaring di atas jalan raya.
“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala serta kecederaan ringan di kedua-dua belah tangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, anggota APM Miri kemudian memeriksa keadaan dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang berusia 70 tahun, sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE