fbpx

5,000 benih ikan siakap dilepaskan ke Sungai Dinding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 5,000 benih ikan siakap ke Sungai Dinding berhampiran Kampung Baharu Lumut oleh Jabatan Perikanan negeri baru-baru ini.

LUMUT – Jabatan Perikanan Perak melepaskan 5,000 ekor benih ikan siakap di perairan umum Sungai Dinding di Kampung Baharu Lumut baru-baru ini.

Pelepasan benih ikan siakap tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka, Jason Ng Thien Yeong; Pegawai Daerah Manjung, Shamsul Ridzuan Idris dan Pengarah Perikanan Perak, Mohd. Ghazali A. Manaf.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, pelepasan benih ikan siakap itu merupakan simbolik kepada aspek kebebasan dan kemerdekaan.

“Objektif pelepasan benih ikan ke perairan umum dilakukan bagi meningkat pendapatan komuniti nelayan darat selain menjamin bekalan makanan laut mencukupi.

“Ia juga menjadi tarikan baru pelancongan kepada golongan kaki pancing untuk mengunjungi kawasan Kampung Baharu Lumut dan kampung-kampung lain yang terdapat di sepanjang jajaran sungai ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Murid-murid dari sekolah di sekitar kawasan tersebut turut sama melepaskan benih ikan siakap ke Sungai Dinding tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata, Kampung Baharu Lumut juga menjadi lokasi Sambutan Program Semarak Kemerdekaan Komuniti Kampung Baharu Lumut.

Beliau menjelaskan, program itu menyaksikan pengagihan Jalur Gemilang kepada komuniti Kampung Baharu Lumut.

“Ia melibatkan pihak seperti Persatuan Bersih dan Indah Kampung Baharu Lumut serta tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Lumut, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kok Ming dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kpg. Tun Sambanthan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI