fbpx

Nahas Elmina: Tidak sangka itu panggilan terakhir Muhamad Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang. FOTO:AFIQ RAZALI

KLANG – “Arwah sememangnya kerap menghubungi kami dan saya tidak sangka panggilan terakhirnya pada minggu lalu,”.

Demikian kata Jamaliah Ismail, 53, ibu kepada penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang maut dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, kelmarin.

Menurutnya, anak sulung daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum kejadian.

“Dia hanya menghubungi ahli keluarga kami seperti biasa. Namun, saya terkejut menerima berita nahas itu dan dimaklumkan polis mengenai tuntutan jenazah pukul 12 tengah malam tadi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, pagi ini.

Terdahulu, Allahyarham Muhamad Hafiz yang juga jenazah pertama yang sah dikenalpasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selesai dituntut keluarga, kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Bapa mangsa, Muhammad Saleh Othman,57, berkata jenazah anaknya diuruskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dikebumikan Kampung Jerung, Sungai Petani, Kedah-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI