fbpx

Dua pekerja asing dipukul kerana ganggu wanita tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular menunjukkan dua lelaki warganegara asing dipukul dua individu menggunakan cota di dalam sebuah bilik di Pasir Gudang.

JOHOR BAHRU – Rakaman video tular menunjukkan dua pekerja asing di pukul menggunakan cota dalam sebuah bilik oleh dua individu lain bukan berpunca daripada isu pembayaran gaji.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak sebaliknya berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian itu berpunca daripada tindakan dua pekerja asing berkenaan yang menghantar video lucah kepada seorang wanita tempatan.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati kejadian berkenaan telah berlaku pada 6 November tahun lalu, sebelum kembali tular di media sosial, baru-baru ini.

“Rakaman video berdurasi satu minit 17 saat disertakan dengan kapsyen ‘dipercayai sebab minta gaji, pekerja Pakistan dipukul guna cota sampai berbirat di Pasir Gudang’ itu tular.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan dua lelaki warganegara asing berusia 31 dan 40 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta,”katanya.

Tambah Mohd. Sohaimi, mangsa dipercayai menghantar video lucah kepada seorang wanita tempatan menyebabkan rakan sekerja mereka berusia 26 dan 27 tahun bertindak memukulnya kerana perbuatan tidak senonoh itu.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya dibuang kerja selain tidak membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan, mereka juga sudah pulang ke negara asal. Sementara itu, dua lelaki yang bertindak memukul mangsa pula telah melarikan diri selepas menyedari kejadian tersebut tular.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI