fbpx

Piala Malaysia: KDA FC azam ubah keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDA berdepan tugas berat untuk memadamkan kelebihan yang dimiliki Perak menjelang aksi malam ini.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain tidak meragui kemampuan anak-anak buahnya untuk memadam kelebihan dua gol dimiliki Perak FC dalam saingan Piala Malaysia, ketika kedua-dua pasukan bakal bertembung di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Penerima Anugerah Jurulatih Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 2022 itu berkata, para pemainnya dilihat tidak terlalu memfokuskan kepada beban ditanggung, sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada usaha mencari tiga gol yang diperlukan untuk layak ke pusingan seterusnya.

“Bagi saya kami tiada tekanan kerana masing-masing tahu apa perlu dibuat untuk memastikan kami layak ke pusingan seterusnya iaitu perlu menjaringkan tiga gol di laman sendiri, malam esok.

“Memang kerja berat, tetapi itu bukan mustahil. Lagi pun kelebihan yang mereka miliki itu juga disebabkan kesilapan kita sendiri yang gagal menampilkan aksi sebenar dalam pertemuan pertama.

“Maka, perkara itu harus dijadikan pengajaran untuk kita berdepan dengan Perak esok. Kami kena bermain bersungguh-sungguh selain perlu memberi usaha tambahan dari segenap sudut dan saya fikir, kalangan pemain kini sedar akan hakikat itu,” katanya. 

Dalam aksi pertama di Stadium Perak, 3 Ogos lalu, KDA FC bermula dengan baik apabila kapten mereka, Manuel Ott menjaringkan gol seawal minit pertama.

Bagaimanapun, situasi itu berubah selepas itu apabila segalanya tidak menjadi buat Sang Kenari sehingga anak-anak buah Yusri Che Lah berjaya menghasilkan tiga gol menerusi dua pemain import iaitu Luciano Guaycochea dan Luka Milunovic  pada minit ke-47, 55 serta 90.

Dalam pada itu, Nafuzi turut lega kerana tiada dalam kalangan pemain yang mengalami kecederaan.

“Keadaan itu memberikan saya kelebihan kerana dalam sesi latihan kebelakangan ini, saya berpeluang menguji beberapa kombinasi yang difikirkan sesuai untuk dibawa ke tengah padang bagi berdepan Perak,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI