fbpx

Pesawat ringan tergelincir, juruterbang pelatih wanita terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN perubatan membawa juruterbang pelatih terlibat ke hospital selepas dilaporkan mengalami sakit dada akibat hentakan sewaktu pendaratan.

MELAKA – Sebuah pesawat International Aero Training Academy Sdn. Bhd. (IATAC) yang dalam latihan penerbangan hilang kawalan sewaktu membuat pendaratan di Batu Berendam, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.16 tengah hari, juruterbang pelatih wanita berusia 23 tahun yang mengendalikan pesawat itu selamat, namun mengalami kesakitan pada dada dan dibawa ke Hospital Melaka di sini dengan menaiki ambulans.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, insiden tersebut telah dimaklumkan kepada polis pada pukul 12.42 tengah hari.

“Kita telah dimaklumkan sebuah pesawat milik IATAC jenis Piper 28 telah hilang kawalan di landasan RWY 21 dan tindakan telah diambil di Post 1 untuk ketibaan ambulans.

“Pesawat berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi nahas pada pukul 12.50 tengah hari. Juruterbang pelatih dibawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans lima minit kemudian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI