fbpx

Nahas Elmina: Laluan Persiaran Elmina dijangka dibuka semula tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa akan memulakan kerja-kerja pembersihan termasuk mengalihkan serpihan-serpihan pesawat di lokasi kejadian, pagi ini.

SHAH ALAM – Persiaran Elmina, Seksyen U16 yang ditutup susulan nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) semalam, dijangka dibuka tengah hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, pihak berkuasa akan memulakan kerja-kerja pembersihan termasuk mengalihkan serpihan-serpihan pesawat di lokasi kejadian, pagi ini.

“Pada hari ini kita akan mulakan ‘housekeeping’ selepas operasi pencarian kedua selesai dan polis akan memulakan kerja-kerja pada fasa ketiga termasuk memindahkan serpihan pesawat untuk disiasat oleh pihak berkaitan.

“Kami menjangkakan jalan raya ini akan dibuka pada tengah hari nanti dan mengurangkan kesesakan yang berlaku di sekitar kawasan perumahan ini akibat penutupannya sejak petang semalam,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, seramai 10 mangsa terkorban dalam nahas kira-kira pukul 2.48 petang di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Kesemua mangsa yang maut adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan berusia 41 dan Heikal Aras Abdul Azim (45).

Enam penumpang terlibat ialah Datuk Seri Johari Harun (53), Kharil Azwan Jamaludin (43), Shaharul Amir Omar (49), Mohamad Naim Mohamed Muaidi (35) Muhammad Taufiq Mohd Zaki (37) dan Idris Abdol Talib @ Ramali (41).

Turut terkorban dalam nahas tersebut adalah penunggang motosikal, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh (32) serta pemandu kereta, Sharipuddin Shaari (51). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI