fbpx

KDNK suku tahun kedua 2.9 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ekonomi Malaysia bertumbuh perlahan pada suku tahun kedua 2023. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku tahun kedua 2023 menyederhana kepada 2.9 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Bagi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK meningkat sebanyak 1.5 peratus.

Prestasi ekonomi bulanan meningkat secara marginal sebanyak 0.7 peratus pada April, melonjak 5.6 peratus pada Mei dan menyederhana kepada 2.4 peratus pada Jun 2023.

Pertumbuhan kukuh pada Mei 2023 disumbangkan oleh peningkatan sementara dalam permintaan global dan penggunaan isi rumah.

Ketua Perangkawan, Datuk Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan ekonomi 2.9 peratus pada suku tahun kedua 2023 didorong terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan.

“Selain itu, perbelanjaan penggunaan akhir swasta dan pembentukan modal tetap kasar terus memacu pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ini.

“Bagi separuh tahun 2023, ekonomi Malaysia berkembang 4.2 peratus, berbanding 6.8 peratus dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI