fbpx

[VIDEO] Emma Maembong nak anak ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA tidak menolak andai dikurniakan rezeki cahaya mata ketiga dalam waktu terdekat.

KUALA LUMPUR – Selepas dikurniakan cahaya mata kedua Mei lalu, pelakon Emma Maembong tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak ketiga dalam masa terdekat.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail bagaimanapun berkata, dia tidak menetapkan sebarang sasaran bilangan cahaya mata.

“Alhamdulillah, saya bersyukur selepas diberikan dua orang cahaya mata. Ramai tahu dari dulu lagi saya memang inginkan anak. Sekarang saya sudah ada keluarga sendiri.

“Selepas dikurniakan dua orang cahaya mata, mana tahu mungkin akan bertambah lagi? (anak). Saya tidak ada perancangan keluarga untuk tetapkan jumlah cahaya mata. Lagi ramai, lagi bagus,” katanya.

Ujar pelakon berusia 31 tahun itu lagi, kalau ikutkan dia mahu menimang cahaya mata kedua, selepas setahun dikurniakan zuriat sulung.

Bagaimanapun Emma tetap bersyukur apabila impiannya itu dimakbulkan oleh Allah SWT, dua tahun selepas menimang zuriat pertama.

“Sebenarnya saya mahu awal lagi (selang setahun) selepas menimang cahaya mata pertama. Kalau boleh nak jarak setahun-setahun sahaja. Selepas ini kalau hamil lagi, sudah tentu saya sangat gembira.

“Tapi kalau belum ada rezeki, saya akan menunggu,” katanya kepada Kosmo! Online.

@hibglam.com.my

PELAKON Emma Maembong tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata lagi kerana mahukan anak yang ramai. Video MOHAMMAD SHAHEMY AZMI #hibglam #artismalaysia #emmamaembong #anak #selebritimalaysia #hiburan

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Jelas Emma, dia mahukan anak yang ramai kerana sudah terbiasa membesar dengan adik-beradik yang ramai iaitu 11 orang.

“Saya mahu anak ramai sebab sudah terbiasa membesar dengan 11 orang adik-beradik. Saya membesar bukan dengan kawan-kawan atau saudara-mara, tetapi dengan adik-beradik yang ramai.

“Saya ada tujuh orang adik-berdik perempuan dan empat lelaki. Jadi kami memang rapat. Saya tahu perasaan seronoknya ada adik-beradik untuk bergosip. Kalau susah, adik-beradik juga yang akan tolong kita.

“Adik-beradik juga orang yang tidak akan tikam belakang kita, sebab mereka adalah darang daging sendiri,” ujarnya.

Emma yang ditemui semasa sidang media drama bersiri One Million Dollar Voice di sini semalam berkata, ketika mula-mula berkahwin, dia menangis kerana berasa sunyi semasa tinggal berdua dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

“Masa mula-mula berkahwin, saya menangis sebab rasa sunyi. Orang lain mungkin serabut kalau bising, tapi saya tidak suka sunyi.

“Saya suka suasana serabut terutama suara budak-budak sebab dah terbiasa dari kecil dengan suasana riuh,” katanya yang akan membawa bersama anak-anak ke set penggambaran kerana enggan meninggalkan mereka di rumah.

Emma yang juga pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Shariq yang kini berusia dua tahun dan Shakil Aryan Shah, tiga bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI