fbpx

Nahas Elmina: Speaker Pahang sahkan Johari Harun terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shakar (kiri) bersama Allahyarham Johari.

PETALING JAYA – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin mengesahkan salah seorang Exco negeri itu terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuh Raya Guthrie berhampiran Elmina, Denai Alam hari ini.

Mohd. Shakar berkata, Exco yang terkorban ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

“Berita yang menyedihkan, Johari Harun, Exco Kerajaan Pahang, Ketua UMNO Bentong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai telah kembali ke rahmatullah.

“Terlibat dalam pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Turut mengesahkan berita sedih itu adalah Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

“Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam.

“Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham YB (Yang Berhormat) Dato’ Sri Johari Harun, Exco Pahang yang juga ADUN Pelangai di bawah Parlimen Bentong,”ciapnya di Twitter.

Young Syefura berkata, beliau amat sedih dengan berita tersebut dan kali terakhir berjumpa adalah dua hari lepas.

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahyarham Dato’ Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak. AlFatihah,”tulisnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI