fbpx

Nahas Elmina: Saya baharu jumpa dia Selasa lalu – Abang ipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairil Azwan (depan memakai topi) yang merupakan antara mangsa nahas pesawat ringan tersebut.

KLANG – Seorang lelaki mengakui terkejut apabila mengetahui adik iparnya antara mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam dekat sini, petang tadi.

Shamsul Azizan Md. Nasir, 62, yang merupakan abang ipar kepada Kharil Azwan Jamaludin, 43 memberitahu, kebiasaannya Khairil membawa helikopter memandangkan dia adalah juruterbang persendirian kepada Datuk Seri Johari Harun.

Shamsul Azizan (kanan) ketika ditemui di pekarangan unit forensik HTAR.

Katanya, adik iparnya itu telah bertugas dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang itu sejak tiga tahun lalu.

“Pada mulanya kami langsung tidak percaya dan hanya tahu menerusi gambar yang diberikan adik perempuan saya.

“Dalam gambar tersebut, Khairil Azwan adalah antara penumpang pesawat tersebut.

“Kami cuba mendapat maklumat dari mana-mana pihak sebelum disahkan ( sidang akhbar Menteri Pengangkutan) antara mangsa yang nahas,” katanya ketika ditemui di pekarangan unit forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, malam ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan senarai nama lapan mangsa terkorban melibatkan nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu.

Ini melibatkan dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.

Enam penumpang terlibat adalah Datuk Seri Johari Harun, Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamed Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki, Idris Abdol Talib @ Ramali.

Bercerita lanjut, Shamsul Azizan menjelaskan Kharil Azwan disifatkan seorang yang sangat baik dan komited dalam kerjanya.

“Kali terakhir saya bertemu dengan adik ipar itu adalah Selasa lalu dan tiada perubahan ketara pada dirinya.

“Dia (Khairil Azwan) memang seorang yang kerja keras termasuk ketika cuti Hari Raya Aidilfitri,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI