fbpx

Nahas Elmina: 10 pegawai dan kakitangan terlibat bedah siasat di HTAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini di pekarangan unit forensik HTAR Klang.

KLANG – Dianggarkan seramai 10 pegawai dan kakitangan forensik akan bertugas dalam proses bedah siasat terhadap 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam dekat sini.

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, daripada jumlah tersebut empat pegawai adalah daripada hospital ini.

Katanya, ini melibatkan pakar perubatan forensik, pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.

“Berdasarkan maklumat, 10 jenazah akan tiba di unit forensik HTAR bagi proses bedah siasat.

“Ini melibatkan lapan penumpang termasuk kru pesawat ringan terbabit dan dua lagi masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun, menjelaskan setakat ini tiada mayat daripada nahas tersebut tiba di HTAR.

Berdasarkan pemerhatian setakat pukul 8 malam ini mendapati pos kawalan hadapan polis telah dibuka di hadapan pekarangan unit forensik HTAR. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI