fbpx

Pesawat British Airways terima ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan beberapa buah pesawat BA. - Foto AFP

HAMILTON, Bermuda – Seorang juruterbang membatalkan perlepasan sebuah pesawat British Airways (BA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa LF Wade, Bermuda selepas menerima ancaman bom, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pesawat itu dijadualkan berlepas ke London tetapi kapten pesawat Boeing 777-200ER tersebut membatalkan penerbangan selepas pihak berkuasa lapangan terbang menerima e-mel berhubung amaran itu.

Ia diterima beberapa saat sebelum pesawat berkenaan berlepas ke lapangan terbang Heathrow, London, petang kelmarin pada pukul 9.30 malam (waktu tempatan).

Pihak berkuasa Bermuda menutup jalan dalam lingkungan 9.65 kilometer dari lapangan terbang antarabangsa itu apabila keadaan panik berlaku.

Sumber memberitahu The Sun UK: “ Pesawat BA itu adalah subjek ancaman bom yang disasarkan. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh kami selain membatalkan perlepasan. Penumpang terkejut tetapi berasa lega kerana protokol dipatuhi.”

Bagaimanapun, tiada bilik hotel kosong di Bermuda ketika itu, menyebabkan penumpang terpaksa tidur di lapangan terbang sebelum satu lagi penerbangan ke London berlepas malam semalam.

Tiada maklumat lanjut mengenai ancaman bom tersebut sehingga kini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI