fbpx

Asid sulfurik pekat banyak digunakan dalam industri pembuatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Asid sulfurik merupakan sejenis bahan kimia yang tidak mempunyai warna, berminyak dan bersifat menghakis.

Menurut Pakar Bedah Plastik, Rekonstruktif dan Kebakaran, Hospital Pakar Avisena, Shah Alam, Dr. Wan Syazli Rodzaian Wan Ahmad, asid sulfurik pekat banyak digunakan dalam bahan-bahan seksyen pembuatan seperti kilang-kilang, justeru asid sulfurik itu sangat kuat.

“Asid sulfurik pekat selalu digunakan dalam bahan binaan, tidak sama seperti asid di rumah yang boleh digunakan untuk mencuci sinki.

“Asid yang digunakan untuk mencuci sinki itu juga jika terpercik dan terkena pada kulit boleh menyebabkan melecur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dr. Wan Syazli berkata, terdapat asid yang boleh menyebabkan kecederaan dalaman pada tubuh badan.

“Sekiranya terkena asid, rawatan pertama yang boleh dilakukan ialah lalukan mangsa di bawah air yang banyak, jadi apa yang berlaku air itu boleh keluarkan asid daripada permukaan kulit.

“Tetapi, air tersebut boleh menyebabkan tindak balas kimia yang mengeluarkan haba dan haba itu pula boleh menyebabkan kebakaran. Jadi, perlu air yang banyak,” ujarnya.

Katanya, apabila asid sudah terkena pada badan kesannya boleh menjadi teruk kerana boleh membakar kulit sehingga ke dalam.

Ditanya mengenai tempoh pemulihan bagi kesan kebakaran kimia, Dr. Wan Syazli memaklumkan itu bergantung kepada kedalaman luka yang dialami.

“Bergantung kepada kedalam, kebiasaannya kes yang diterima kebakaran asid berlaku domestik iaitu di dalam rumah di mana melalui asid yang digunakan untuk mencuci sinki. Asid begitu biasanya sangat tidak kuat, tetapi apabila terpercik sedikit pada kulit boleh menyebabkan melecur.

“Rawatan serta pemulihan bergantung kepada tahap kebakaran maksudnya kedalaman, jenis luka dan bahagian mana yang terkena asid,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI