fbpx

Mahkamah: Rosmah dibenar dapat sementara pasport untuk ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah yang hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini. Foto oleh Faiz Alif.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor, bagi mendapatkan sementara pasportnya untuk ke Singapura bagi melawat anak perempuannya yang sarat mengandung dan dijangka bersalin anak ketiga akhir bulan ini.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Rosmah selaku pemohon.

Terdahulu, peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah, memohon pasport itu bagi membolehkan anak guamnya ke Singapura bermula esok hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September hingga 31 Oktober ini.

“Nooryana Najwa (anak sulung Rosmah) akan melahirkan anak ketiga dalam masa terdekat.
Difahamkan pendakwaan tidak membantah permohonan ini,” kata peguam itu.

Mendengar makluman peguam tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn kemudian mengesahkan permohonan yang dibuat Rosmah dan tidak membantah permohonan berkenaan.

Semalam Kosmo! melaporkan Rosmah memohon untuk mendapatkan pasport buat bagi melawat anak sulungnya, Nooryana Najwa Najib di Singapura yang dijangka bersalin pada akhir bulan ini.

Permohonan kali keempat itu dibuat Rosmah, 72, menerusi notis usul difailkan Tetuan Akberdin & Co. di Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu.

Berdasarkan permohonan yang dibuat, berhasrat ke negara republik itu dari 18 hingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September hingga 31 Oktober. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI