fbpx

Damak king, duri hitam Pahang bakal dieksport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMRI (tengah) melihat hasil durian musang king pada Program Moh Kendurian Pasfa di Ladang Kampung Mahkota, Kuantan semalam.

KUANTAN – Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) menyasarkan menanam durian damak king dan pelbagai varieti durian seperti duri hitam dan musang king di tanah seluas kira-kira 40 hektar untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pengerusi Jemaah Pengarah Pasfa, Datuk Zamri Yaakob berkata, setakat ini Pasfa telah menanam lebih 600 pokok pelbagai varieti durian di ladang seluas 20 hektar di Kampung Seri Mahkota dengan 198 pokok telah mengeluarkan hasil.

“Kita menyahut saranan kerajaan supaya memberi tumpuan kepada keselamatan makanan termasuklah durian, bagi durian ini kita hendak meningkatkan pendapatan melalui eksport.

“Kita sasar untuk eskport durian ke negara luar khususnya negara China menerusi penanaman durian berskala besar ini selain pasaran tempatan,” katanya dalam sidang akhbar pada Program Moh Kendurian Pasfa di Ladang Kampung Mahkota, di sini semalam.

Menurutnya, penanaman durian varieti terkini seperti damak king itu akan dilakukan di atas tanah seluas kira-kira 200 hektar di Kuala Lipis tahun hadapan.

Dalam pada itu, Zamri memberitahu, produk hiliran berasaskan durian juga akan diperkenalkan selain menjual secara borong kepada pembekal.

“Kita akan mencari rakan kongsi bagi menghasilkan produk hiliran ini termasuk aiskrim dan makanan yang berkaitan dengan durian,” ujarnya.

Sementara itu, Zamri berkata, pihaknya telah melaksanakan projek pertanian bercampur di Ladang Kampung Seri Mahkota bagi meningkatkan hasil pertanian selaras dengan kehendak kerajaan yang mahu sektor pertanian menjadi sumber kekayaan baharu kepada rakyat.

Katanya, pada musim ini, Pasfa menjangkakan penghasilan durian lebih 11 tan dengan anggaran pendapatan sebanyak RM150,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI