fbpx

Mahkamah: Safiey Ilias lepas tanpa bebas 4 tuduhan berkaitan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safiey Ilias

AMPANG – Usahawan kosmetik, Safiey Ilias dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan seksual terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lalu.

Hakim Norhazani Hamzah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan.

“Kes dibatalkan. Tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu dan wang jaminan dikembalikan,” kata hakim berkenaan.

Terdahulu, Nurfadzlin berkata, permohonan itu dibuat atas alasan mangsa yang juga saksi dalam kes itu masing-masing berada di Johor dan Pahang.

“Sekiranya perbicaraan dijalankan di mahkamah ini, ia menyukarkan mangsa dalam kes itu untuk berulang alik,” kata Nurfadzlin ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, peguam Harjeet Singh Sidhu yang mewakili Safiey atau nama sebenarnya Mohd. Safiuddin Ilias, 29, dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.

Ini kerana peguam itu berkata, kes terhadap anak guamnya sudah tergantung agak lama dan dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen Putrajaya ke Ampang, tahun lalu.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk sesi penghujahan kedua-dua pihak berkaitan bantahan awal pihak pembelaan terhadap dua daripada empat pertuduhan yang disifatkan cacat dan mengandungi butiran tidak lengkap.

Mengikut pertuduhan, Safiey didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual melalui platform Instagram dengan dua remaja lelaki yang ketika itu berusia 14 tahun.

Usahawan kosmetik itu yang popular dengar lagu ‘Syinta Gila’ turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payudara di hadapan dua remaja sama bagi maksud seksual.

Kesemua perbuatan itu di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, pukul 9 pagi pada 9 Jun 2021.

Bagi tuduhan komunikasi seksual, Safiey Ilias didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun.

Bagi kesalahan amang seksual, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (a)(i) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Safiey ketika dihubungi media memaklumkan bersedia berhadapan pertuduhan di mahkamah Pahang dan Johor Bahru jika perlu.

“Alhamdulillah, saya dilepaskan (lepas tanpa bebas) daripada empat pertuduhan berkenaan selepas hampir tiga tahun turun naik mahkamah. Saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, dan tetap akan melawan kes ini,” katanya.

Sebelum ini pada 24 Julai lalu, Harjeet mengemukakan bantahan awal secara lisan terhadap kedua-dua pertuduhan atas alasan pertuduhan itu cacat kerana tidak menyertakan butiran khusus yang menjadi asas pertuduhan yang dihadapinya.

Kes itu mendapat perhatian umum ekoran laporan polis dibuat oleh seorang pensyarah sebuah pusat pengajian tinggi pada 9 Jun 2021 selepas beliau bimbangkan aksi lucah yang dipamerkan oleh usahawan kosmetik itu.

Safiey Ilias yang menggunakan akaun Instagram, ‘safieyilias94’, turut mempertontonkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada remaja terbabit ketika sesi sidang video tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI