fbpx

Dua pemandu treler maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas membabitkan dua buah treler dan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 317.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Tapah hari ini.-IHSAN JBPM

TAPAH – Dua pemandu maut dalam kemalangan membabitkan dua buah treler dan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 317.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini petang tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu treler muatan tembikai, Jantan Arshad, 67, dan Nur Ihkwan Azami, 31, yang memandu treler muatan simen.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.12 petang.

“Kemalangan melibatkan dua buah treler serta sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger. Pemandu treler muatan tembikai dan simen cedera parah akibat tersepit. Kita mengambil masa kira-kira sejam bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala pemandu wanita pacuan empat roda berusia 46 tahun pula cedera.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI