fbpx

Sanusi mengadap Sultan Kedah Khamis ini mohon perkenan calon Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi memotong reben ketika melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor akan mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Khamis ini untuk mempersembahkan senarai calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Menurut Muhammad Sanusi, senarai nama calon Exco tersebut  yang diperoleh daripada kepimpinan parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) akan dipersembahkan kepada Sultan Kedah untuk diperkenankan.

“Minggu ini, saya akan persembah senarai calon Exco dan awal minggu depan akan angkat sumpah, lepas itu baru kita susun perkara lain.

“Susah hendak buat pilihan, saya terima (nama), saya tapis sikit dan bagi pandangan sedikit sebelum persembahkan kepada Tuanku Sultan.

“Sekiranya Tuanku Sultan perkenan okay la semuanya, kalau tidak kita akan buat pertukaran. Saya tidak boleh bagi tahu nama siapa kerana tidak boleh mendahului proses-proses yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Muhammad Sanusi memberitahu, barisan exco tersebut adalah gandingan daripada muka baharu dan muka lama daripada 33 ADUN PN yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Beliau yang juga ADUN Jeneri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar kali kedua dalam satu istiadat di Istana Anak Bukit semalam.

Sementara itu kehadiran Muhammad Sanusi di kompleks beli belah berkenaan untuk melancarkan kempen tersebut disambut dengan penuh keterujaan oleh orang ramai yang menanti sejak pukul 2 petang di premis berkenaan.

Masing-masing daripada pelbagai lapisan usia dan kaum tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Menteri Besar itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI