fbpx

Sultan Kedah titah kerajaan semak semula hierarki mahkamah syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sallehuddin pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang DUN Kedah bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, di sini hari ini.

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah supaya kerajaan menyemak semula struktur mahkamah syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.

Baginda bertitah, semakan tersebut juga perlu bagi menambah baik kedudukan jawatan Hakim Mahkamah Syariah agar setanding dengan sistem diguna pakai di Mahkamah Sivil.

Sultan Sallehuddin turut bertitah agar penubuhan Mahkamah Syariah diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagaimana Mahkamah Sivil disebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Selain daripada aspek pembangunan dan fiskal, beta ingin memberi penekanan kepada aspek kehakiman negeri iaitu institusi Mahkamah Syariah.

“Mahkamah Syariah merupakan obor keadilan agama Islam yang merupakan agama rasmi negeri ini. Oleh yang demikian, beta mahu Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting, sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini,” titah baginda pada Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, di sini hari ini.

Baginda berharap agar usaha tersebut dapat disegerakan demi memartabatkan ketinggian institusi Mahkamah Syariah di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI