fbpx

Kondominium mewah diserbu, simpan dadah RM655,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan di kondominium di ibu negara baru-baru ini. GAMBAR POLIS KL

KUALA LUMPUR – Tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan berjaya membawa kepada penemuan dua jenis dadah bernilai RM655,000 yang disimpan di sebuah kondominium mewah di Lembah Klang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, suspek berusia 26 tahun diberkas dalam serbuan pertama yang dijalankan di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Cheras di sini.

Susulan itu, polis menyerbu kondominium sama dan menemui 10 ketulan dadah jenis heroin base seberat 3.8 kilogram (kg) bernilai RM 320,000 dan 10 ketulan syabu seberat 10 kg bernilai RM335,000.

“Seterusnya polis menyerbu sebuah kondominium di Semenyih dan merampas wang tunai RM10,200. Sindiket pengedaran dadah ini aktif di Lembah Klang sejak dua bulan lalu.

“Sindiket ini menjadikan kondominium mewah sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum dijual kepada pembeli,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Shuhaily, suspek merupakan penjaga stor dan penghantar bekalan dadah kepada pelanggan menerima arahan daripada seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai ketua sindiket.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengesan dan menangkap lelaki tempatan tersebut,” tegasnya.

Tambahnya, suspek yang masih bujang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan aktiviti pengedaran dadah sebagai punca pendapatan. Semakan mendapati suspek bebas dadah dan  mempunyai rekod kes dadah serta jenayah.

“Suspek direman sehingga 17 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI