fbpx

5,711 pendakwah bertauliah mengajar agama Islam di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendedahkan sebanyak 5,711 pendakwah telah memperoleh tauliah me­ngajar agama Islam di Selangor sehingga 6 April lalu.

Menurut JAIS, daripada jumlah tersebut seramai 3,922 melibatkan pendakwah lelaki, manakala selebihnya 1,789 merupakan penceramah wanita.

“Statistik turut menunjukkan daerah paling tinggi menerima pentauliahan adalah Petaling dengan 1,496 individu diikuti Hulu Langat (1,218) dan Gombak (830).

“Sebarang penggantungan dan penarikan tauliah mempunyai tempoh dan ada ruang untuk pihak membuat rayuan. Keputusan mengenainya akan ditetapkan menerusi sebuah jawatankuasa khas,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Jelasnya, penggantungan atau penarikan balik tauliah mengikut peraturan 17, Peraturan-­Peraturan Tauliah Negeri Se­langor termasuk mengajar tidak mengikut kategori tauliah yang diluluskan.

“Berdasarkan peraturan itu, pembatalan juga dibuat sekiranya pendakwah memberi tafsiran tidak tepat, keliru atau menyeleweng seperti ayat al-Quran atau hadis mengikut logik dan rasional akal semata-mata selain kandungan ceramah berkaitan politik kepartian,” jelasnya.

JAIS menegaskan, pihaknya akan sentiasa memberi makluman terkini berkaitan keputusan penarikan balik dan penggantungan tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada pihak bertanggungjawab untuk melaksanakan penyeliaan dan pemantauan setiap daerah.

“Mereka yang didapati mengajar agama Islam tanpa tauliah di Selangor boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz berkata, tiada ‘laluan khas’ disediakan kepada mana-mana penceramah atau pendakwah sekalipun yang popular dalam menyampaikan kuliah mereka di Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI