fbpx

PRN: Polis terima 94 laporan salah guna MyKad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 94 laporan berkaitan salah guna MyKad diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM), semasa hari mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah tersebut, laporan polis tertinggi diterima ialah di negeri Selangor dengan 48 laporan.

“Ia diikuti oleh Pulau Pinang (20), Terengganu (9), Kedah (9), Negeri Sembilan (6) dan Kelantan (2),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, laporan polis lain yang diterima ialah berkaitan menghalang penjawat awam (1), khianat bendera (3), mempamer logo politik (1), ugutan jenayah (2), perhimpunan menyalahi undang-undang (1), manakala lain-lain seksyen (9).

Katanya, secara keseluruhan sebanyak 181 laporan polis diterima semalam dengan 111 kertas siasatan dibuka.

Laporan polis tertinggi diterima semalam ialah Selangor (58) diikuti Pulau Pinang (39), Terengganu (32), Kedah (23), Negeri Sembilan (18) dan Kelantan (11).

Razarudin berkata, statistik kumulatif Op PRN dari 27 Julai hingga semalam pula merekodkan, 1,951 laporan polis diterima PDRM.

“Pecahannya ialah Selangor (782), diikuti Terengganu (390), Kedah (293), Kelantan (265), Negeri Sembilan (135) dan Pulau Pinang (86).

“Sebanyak 4,506 permit ceramah dikeluarkan di seluruh negara sepanjang tempoh berkempen.

“Jumlah tertinggi dikeluarkan di negeri Kedah (976), Selangor (933), Kelantan (882), Terengganu (768), Negeri Sembilan (495) dan Pulau Pinang (452),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI