fbpx

PRN: Ketua Pembangkang Selangor, tunggulah – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin pada sidang akhbar di Hotel Concorde, malam ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) masih belum menentukan jawatan Ketua Pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya menyatakan akan memaklumkan dalam masa terdekat.

“Tunggulah,” katanya ringkas pada sidang akhbar PN hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dinamakan sebagai Ketua Pembangkang selepas Pengerusi PN Selangor itu memenangi kerusi DUN Hulu Kelang.

Terdahulu, PN memenangi 22 daripada 56 kerusi DUN Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan PN akan menjadi barisan pembangkang kuat di DUN Selangor nanti. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI