fbpx

Kemuncak fenomena hujan meteor Perseid lewat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kemuncak fenomena hujan meteor Perseid dapat disaksikan di ruang angkasa negara bermula lewat malam ini sehingga awal pagi esok.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena itu dapat dilihat secara purata 100 meteor setiap jam dalam keadaan langit yang gelap dan cuaca baik.

“Kenampakan hujan meteor itu adalah bagus kerana bulan sabit tua (5.4 peratus) yang akan terbit kira-kira 5.25 pagi tidak menjejaskan kenampakan hujan meteor Perseids,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, fenomena ini dilaporkan berlaku setiap tahun, apabila bumi beredar mengelilingi matahari dan merentasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle.

Sementara itu, Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

“Kali terakhir komet ini mendekati bumi pada 1992 dan dijangkakan menghampiri bumi semula pada 2126,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, semasa komet itu mengorbit menghampiri matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet berkenaan.

“Akhirnya akan memasuki atmosfera bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.

“Bagi mencerap hujan meteor Perseids, orang ramai boleh berada di kawasan lapang yang selamat dan keadaan persekitaran, langit yang gelap (tiada gangguan cahaya) serta memastikan pandangan tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah,” pesan MYSA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI