fbpx

PRN: Rasmi – PN tawan Kedah, PH kekal penguasaan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani pada sidang akhbar Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi sebanyak 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 36 kerusi dipertandingkan di Kedah, sekali gus mempunyai majoriti melebihi 50 peratus untuk membentuk kerajaan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh menerusi satu sidang akhbar khas di sini tadi.

“Bagi keseluruhan pengundian sehingga pukul 10.20 malam, PN memenangi 19 kerusi daripada 36 yang diperuntukkan dan berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus.

“Sementara itu, setakat pukul 10.34 malam, Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi sejumlah 21 kerusi DUN berbanding 40 kerusi yang diperuntukkan seterusnya mempunyai majoriti lebih 50 peratus,” katanya.

Hari ini seramai 9,674,456 pengundi menjadi penentu sama ada kerajaan sedia ada bagi enam negeri bakal bertukar atau kekal dengan membuat pemilihan ke atas 570 calon bertanding pada PRN kali ini.

Daripada jumlah keseluruhan 9.7 juta pengundi pada PRN kali ini, kategori pengundi muda berusia antara 18 hingga 29 tahun merekodkan jumlah tertinggi iaitu mencatatkan sebanyak 2,831,025 pemilih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI