fbpx

PRN: Ahmad Said individu pertama mengundi di SK Telok Kalong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Said bersama keluarganya selepas selesai membuang undi di SK Telok Kalong, Kijal pagi tadi.

KEMAMAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menjadi individu pertama yang membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kalong, Kijal di sini sebentar tadi.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu tiba bersama isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud, ibu mertuanya, Selamah Ngah serta lebih 30 saudara maranya pada pukul 7.50 pagi.

Ahmad dan isterinya memasuki bilik membuang undi tepat pukul 8 pagi dan selesai melaksanakan tanggungjawab mereka kira-kira lima kemudian.

Beliau yang juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal turut menyorong ibu mertuanya yang berkerusi roda.

Pada Pilihan Raya Negeri kali ini, Ahmad yang telah sembilan penggal menyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990 bertembung satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Razali Idris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI