fbpx
Inilah kawasan dipercayai tempat sebuah rumah dijadikan pusat rawatan kecantikan di Taman Mutiara Rini, Skudai.

Rumah jadi pusat estetik suntik payudara sudah kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Premis kediaman yang dijadikan sebagai sebuah pusat kecantikan dipercayai tidak berlesen di Taman Mutiara Rini, Skudai dekat sini dipercayai sudah kosong.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, pintu dan tingkap rumah tersebut ditutup rapi, namun terdapat sebuah kenderaan berwarna merah di tempat letak kereta.

Turut kelihatan beberapa ka­sut dan selipar di hadapan pintu kediaman berkenaan.

Walaupun loceng rumah ditekan beberapa kali, namun tiada mana-mana individu yang tampil keluar dari kediaman ber­kenaan.

Difahamkan, pengawal ke­selamatan taman perumahan tersebut turut menghalang mana-mana pihak yang memberikan alasan mahu ke kediaman itu untuk membuat rawatan kecantikan.

Terdahulu, seorang suri rumah maut selepas menjalani prosedur membesarkan pa­yudara di rumah terbabit pada 29 Julai lalu.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong, 35, dilaporkan berkata, isterinya, Tan Wei Shan, 29 mula berasa tidak sihat dan pening kepala selepas menjalani prosedur berkenaan.

“Dia mengadu berasa sakit dan bengkak di bahagian dada­nya. Pada petang esoknya, isteri saya mengunjungi sebuah klinik sebelum dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan sekitar pukul ­7 malam.

“Akibat sakit yang dialami, dia dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 7 malam, 2 Ogos lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN