fbpx

PRN: PH ikhlas sokong BN – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada program Grand Finale Kita Selangor di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, di sini hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Sokongan padu yang diberikan jentera Pakatan Harapan (PH) kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini disifatkan ikhlas dan penuh semangat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keikhlasan tersebut telah diterjemahkan menerusi peluang (agihan kerusi) yang diberikan PH kepada BN.

“Daripada 245 kerusi ditandingi sekarang, Bn bertanding 108 kerusi. Dulu kerusi penyandang kita tidak lebih dari 38 kerusi, ertinya PH beri peluang kepada Bn untuk bertanding.

“PH telah mmperlihatkan keikhlasan kepada BN, oleh sbb itu menjadi tanggungjawab BN untuk membalas keikhlasan ini dengan beri sokongan kepada semua calon PH,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian di Grand Finale Kita Selangor di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga sudah memberitahu jentera BN supaya wajib menolong calon PH di Selangor.

“Oleh itu, kita mahu saudara Datuk Seri Amirudin Shari akan terus menjadi Menteri Besar Selangor.

“Kita tahu bahawa kita diserang, diterjah pelbagai fitnah dan sebaginya, tetapi (saya) yakin apabila merah dan biru bercantum dengan penuh keserasaian, insya-Allah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI