fbpx

Penduduk terkejut serpihan satelit terhempas di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk tempatan berkumpul melihat serpihan satelit itu. - Newsflare

BEIJING – Sebuah satelit yang menjunam dari angkasa lepas dan terhempas di China telah menyebabkan letupan besar berlaku di utara negara itu, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Rakaman kejadian memaparkan asap tebal berkepul-kepul naik ke udara ketika penduduk tempatan melihat serpihan gergasi itu di hadapan rumah mereka.

Seorang penduduk di perkampungan Kuil Taizi memaklumkan bahawa serpihan itu terhempas sekitar pukul 6.50 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu di belakang rumah mereka namun masih belum dibersihkan.

Penduduk kampung itu telah diberi amaran bahawa serpihan tersebut akan jatuh tetapi bunyi kuat ketika ia terhempas masih mengejutkan mereka.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan seorang pegawai di kampung itu berkata bahawa satelit itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan.

Serpihan itu didakwa akan diambil dan dipulihkan oleh pihak berkuasa. Pegawai berkata lokasi itu telah dikawal dan kakitangan khas ditugaskan menangani situasi tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI