fbpx

Lelaki ditahan disyaki bunuh pemandu kereta sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang memeriksa kereta sewa milik mangsa yang dibunuh berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus malam tadi.

KUALA NERUS – Seorang pemandu kereta sewa ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam kenderaannya berhampiran Klinik kesihatan Seberang Takir di sini malam tadi.

Lelaki berusia 51 tahun itu dijumpai di tempat duduk belakang kereta berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan luka di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.56 malam.

“Orang awam melaporkan sebuah kereta yang mencurigakan di tepi jalan berhampiran sebuah klinik kesihatan di kawasan tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang dipercayai pemandu kereta sewa itu berada tempat duduk belakang manakala suspek pula di tempat duduk pemandu,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala suspek berusia 29 tahun pula didapati cedera pada bahagian jari.

Beliau berkata, pemeriksaan menemui sebilah pisau di alas kaki tempat duduk pemandu.

“Motif punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI