fbpx

Burung unta tersungkur ditendang zirafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor zirafah menendang burung unta dengan kaki belakangnya di Zoo St. Louis, Missouri pada Mac lalu. - Foto Devika Seth

WASHINGTON – Sebuah rakaman video menunjukkan detik zirafah menendang seekor burung unta yang cuba menyerangnya di Zoo St. Louis, negeri Missouri, lapor portal berita DailyMail.com semalam.

Kejadian dikatakan berlaku pada Mca lalu.  Rakaman video bermula dengan seekor burung unta mengekori zirafah sambil mengepakkan sayapnya dengan ganas.

Sebagai tindak balas, zirafah bersahaja  menendang burung unta itu dengan kaki belakangnya, menyebabkan ia rebah ke tanah.

Burung unta tersebut dilihat mengalami kesukaran untuk bangkit semula selepas itu.

Tidak lama kemudian,  burung unta itu cuba mendekati zirafah sama sekali lagi. Namun, kali ini  ia memilih untuk melarikan diri dengan berjalan terus ke tembok batu, kata  seorang hakim Texas, Devika Seth yang merakam kejadian tersebut.

Wanita itu memberitahu akhbar MailOnline bahawa dia dan keluarganya berada di Missouri untuk kejohanan bola tampar anak perempuannya apabila mereka memutuskan untuk mengunjungi zoo tempatan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI