fbpx

Pokok ceri sudah tiada, tiga saudara tetap jual cendol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amar Afi Afif menyiapkan cendol ditempah orang ramai yang datang ke gerainya berhampiran Laman Sungai Mengkibol di Kluang.

KLUANG – Terkenal dengan nama jolokan Cendol Pokok Cherry ketika mula berniaga pada tahun 1999, tiga bersaudara tekad teruskan legasi ayah walaupun tiada lagi pokok ceri sebagai tempat pelanggan ber­teduh menikmati hidangan itu.

Amar Maarof, 70, berkata, semua ‘tugasan’ untuk mewarisi jualan cendol itu sudah diperturunkan kepada anak­nya, Amar Afi Afif Amar, 30, bersama dua saudaranya, Ahmad Norhakimi Ahmad Jasmi, 23, serta Mohammad Norizam Abdullah, 25.

Katanya, walaupun tiada lagi pokok ceri yang menjadi pengenalan lokasi perniagaannya sejak 23 tahun lalu akibat pembangunan, nama itu tetap melekat dalam minda setiap penggemar cendol jualannya.

“Penyerahan legasi jualan cendol kepada Amar yang juga anak ke dua daripada tiga beradik adalah sebagai usaha menjadikan makanan kegemaran ramai ini terus kekal dalam pasaran dengan rasa dan kualiti yang sama sejak mula berniaga dahulu.

“Saya mahu anak-anak muda boleh mengusahakan jualan dan berdikari pada masa akan datang tanpa hanya ­harapkan bekerja dalam sektor swasta atau kerajaan,” kata­nya ketika ditemui di gerainya dekat Laman Sungai Mengkibol di sini.

Dalam pada itu, Amar yang masih bujang berkata, cabaran diberikan oleh ayahnya itu amat bermakna sekali kerana mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh.

Ujarnya, dengan jualan cendol inilah ayahnya membesarkan mereka sebelum ini dan tidak mustahil perkara itu turut boleh dilakukannya untuk menyara hidup keluarga serta ibu dan ayahnya.

“Buat masa ini hanya cendol sahaja kami jual, bukan se­perti ayah sebelum ini yang turut menjual kuih-muih seperti goreng pisang dan lain-lain.

“Bagaimanapun, ruang niaga ini turut berkongsi rezeki dengan rakan ayah yang menjual tauhu bakar, laksa dan mi kari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI