Jaffri Amin

Jaffri Amin rakyat Malaysia disenarai dalam lembaga GA di Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengurus Konsultan World Communications, Jaffri Amin Osman telah dilantik sebagai Pengarah Global Alliance Pr and Communication Management (GA) di Switzerland.

Global Alliance adalah salah sebuah persatuan perhubungan awam (PR) terbesar di dunia yang memiliki lebih daripada 350,000 ahli gabungan di seluruh dunia.

Jaffri adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang berada dalam lembaga GA selepas beliau mula dipilih sejak dua tahun lalu. 

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Felo Kanan Institute Public Relations Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid berkata, pelantikan ini akan membolehkan Jaffri membawa aspirasi dan misi rakyat negara ini termasuk pengamal PR serta profesional ke peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, pengalaman Jaffri selama ini bakal membawa perubahan dan strategi yang dirancang bukan sekadar di atas kertas sahaja tetapi mampu melaksanakannya pada masa yang tepat.

“Beliau telah membina imej dan populariti dalam industri ini sejak tahun 2019 selain itu, pengalamannya sebagai speaker antarabangsa, serantau dan tempatan selain  peserta persidangan juga mudah mesra dengan beliau membuatkan kami menghormati beliau sebagai pemimpin PR, penyampai dan sebagai Pengarah Persidangan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Jaffri sebelum ini adalah Pengerusi GA untuk pendidikan, latihan dan pembangunan selama dua tahun berturut-turut  serta Pengerusi Majlis Serantau Asia Pacific. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN