fbpx

[VIDEO] David Foster bersiar-siar di Sungei Wang, orang ramai ternganga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar David Foster berjalan-jalan sekitar Plaza Sg Wang semalam.

PETALING JAYA — Telatah bersahaja penerbit dan juga komposer terkenal, David Foster yang berjalan-jalan sekitar Plaza Sg Wang meraih perhatian ramai di sosial media.

Melalui satu hantaran di akaun TikTok milik Fadzoners, label penerima anugerah Grammy itu bersama rombongan dalam perjalanan untuk persediaan konsert David Foster & Friends Asia 2023 semalam.

“Sempoi je dia tak nak naik lif, nak jalan-jalan dalam Sungei Wang. Dia tengah ready untuk konsert malam ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Setakat ini video tersebut meraih 126,400 tontonan, 1615 tanda suka dan 72 perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji David Foster yang lebih bersahaja walaupun mempunyai nama besar dalam bidang muzik.

“Legend dia ni, kalau aku ada dekat situ, ternganga weh. David Foster kot,” kata Paah Mohamad.

“David Foster memang sempoi,” komen Qhatrinna.

Terdahulu, kehadiran bintang sensasi, Billie Eilish bersama skuad pengiring ke pusat beli belah itu juga pernah mengundang keterujaan dalam kalangan rakyat Malaysia. — KOSMO! ONLINE

@fadzoners David Foster @davidfoster pon dah ready ke sesi latihan konsert beliau Malam ni…Sempoi je tak nak naik lift nak jalan2 dalam sungei wang plaza hehe Hitman David Foster & Friends Malaysia Penyanyi2 hebat international yang lain seperti @katharinefoster @michaelbolton @lorenallred dan @peabobryson2 ofcoser Siti Nurhaliza @ctdk wakil Malaysia 🇲🇾 . Assalammualaikum saya Fadzoners.. JOM SUPPORT SAYA.. AGENT CTDK HOLDING :- SZ001034 ✅ BEAUSITI / BEAUNEST / BEAUKIDS ✅ SIMPLYSITI ✅ AFIYA.MY SITI NURHALIZA AffiliateSNP ✅ SITI NURHALIZA PRODUCTION DROPSHIP :- VDE080 ✅ VANTAGE SITI NURHALIZA AND PRODUK AGENT ✅ BEG SEBERGUNA EHFANIBRAHIM yang sedang hangat ni boleh Klik my bio 👉 @fadzoners 👈 or klik https://linktr.ee/fadzoners Perlukan HELPDESK Whatsapps fadz segera 010 5041787 Terima Kasih Sebab Sentiasa Support Siti Nurhaliza dan Fadzoners Shop! . . . . #SitiNurhaliza #DatoSeriSitiNurhaliza #DatoSriSitiNurhaliza #siti #ctdk #Sitizone #BeauSiti #afiyabysitinurhaliza #Sitizoners #simplysiti #CtdkHolding #sitizen #Tiktok #SitiAafiyah #BabyCTDK #Malaysia #My 🇲🇾 #Instafamous #InstaGood #fadzoners #SITISM #SitizonersCharity #davidfoster #hitmandavidfosterandfriends ♬ Romansa Kita – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI