fbpx

Vicky Kaushal diserang panik, mujur ada Katrina Kaif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vishal mengahwini Katrina Kaif pada Disember 2021.

Aktor Vicky Kaushal mendedahkan fasa pandemik Covid-19 yang pernah melanda dunia turut menjejaskan kesihatan mentalnya.

Mengenang kejadian akhir 2020, pelakon berusia 35 tahun itu dijemput memberikan ucapan di sebuah acara besar membabitkan lebih 100,000 penonton.

Katanya, secara tiba-tiba dia gemuruh, berpeluh dan seakan-akan berdepan serangan panik di belakang pentas biarpun itu bukan pertama kali berhadapan khalayak.

Kakinya bagaikan berat untuk menuju ke pentas, namun akuinya sokongan Katrina Kaif yang ketika itu belum bergelar isterinya berjaya memenangkan keadaan.

Pengalaman yang dikongsi menerusi YouTube itu nyata meraih perhatian peminat yang berharap bintang kesayangan mereka tidak lagi berdepan serangan panik.

“Ketika itu Katrina menghadiri majlis di sebuah sekolah di Madurai, saya pula di Mumbai, jadi dia terus mengirimkan video bersama kanak-kanak di situ.

“Sambil menitipkan pesanan meminta saya bangkit, dia dan semua pelajar itu turut memberikan ucapan yang menyuntik semangat saya semula,” katanya.

Vishal mengahwini aktres popular itu pada Disember 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI