fbpx

Sungai Tembeling makin cetek, boleh main bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Tembeling yang semakin cetek sehingga menampakkan beting pasir di Kampung Bantal di Jerantut.

JERANTUT – Keadaan Sungai Tembeling yang semakin cetek bukan sahaja menjejaskan penternak ikan sangkar malah turut menjejaskan aktiviti harian penduduk kampung di pesisir sungai berkenaan di Ulu Tembeling di sini.

Rutin harian penduduk beberapa kampung seperti Kampung Bantal, Kampung Bantal Seberang, Kampung Mat Daling dan Kampung Gusai kini yang banyak bergantung kepada bot penambang serta aktiviti nelayan darat terjejas kerana pergerakan bot agak terbatas.

Penduduk Kampung Bantal, Jamizan Rashid, 45, berkata, fenomena kemarau mula me­landa di kawasan Ulu Tembe­ling yang menyaksikan air Su­ngai Tembeling beransur surut dan sebahagian kawasan mulai cetek sejak awal minggu lalu.

“Keadaan air cetek menyebabkan timbul pasir di kebanyakan tempat di sungai ini dan membentuk beting sepanjang antara tiga hingga empat meter di tepi dan tengah sungai.

“Keadaan ini menjejaskan pergerakan bot penambang yang membawa penumpang dan hasil kampung serta menyukarkan nelayan sungai mencari rezeki,” katanya di sini semalam.

Ujar Jamizan, kelazimannya mulai bulan Jun hingga September setiap tahun paras air Sungai Tembeling mula cetek kerana tiada hujan di kawasan hulu sungai yang berkemungkinan disebabkan faktor feno­mena La Nino.

Dalam pada itu pemandu bot penambang, Zulkefli Jamaludin, 58, berkata, sekiranya kemarau berterusan, keadaan Sungai Tembeling akan menampakkan keseluruhan pasir bermula di tengah sungai hingga ke tebing.

Katanya, keadaan ini sudah tentu menjejaskan penternakan ikan sangkar di kawasan hilir sungai dan menyebabkan banyak bot akan terkandas.

Bagaimanapun katanya, keadaan ini turut bertukar menjadi pesta apabila remaja dan kanak-kanak biasanya akan bermain bola sepak di kawasan berpasir pada setiap petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI