fbpx
Tiada cuti khas pada hari pengundian PRN di Pulau Pinang, Sabtu ini.

PRN: Tiada cuti khas bagi warga Pulau Pinang, Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang memutuskan untuk tidak mengisytiharkan cuti khas pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, ini berikutan pilihan raya itu berlangsung pada hari Sabtu yang merupakan hari cuti bagi ramai pekerja.

“Rakyat Malaysia sudah biasa dengan pilihan raya. Oleh sebab ia hari Sabtu, memang ramai juga bercuti.

“Kalau bagi yang tidak bercuti, semua majikan perlu memberi ruang dan masa kepada pekerja-pekerja untuk menunaikan kewajipan mengundi di pusat mengundi,” katanya ketika mengadakan walkabout bersama calon Pakatan Harapan (PH)-PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail di Pasar Awam Balik Pulau di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng mencadangkan hari mengundi pada 12 Ogos ini diisytiharkan sebagai cuti umum khas bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab pada PRN.

Katanya, cuti khas tersebut dapat membantu memastikan penduduk yang tinggal di luar Pulau Pinang untuk pulang mengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN