fbpx

Pemuda maut akibat tikaman pada jantung, adik dan abang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ruang tamu rumah yang dipercayai menjadi lokasi kejadian seorang pemuda dibunuh di Taman Seri Mahkota di Kulim pada semalam.

KULIM – Seorang pemuda maut dipercayai dibunuh adiknya sendiri dalam pergelutan di sebuah rumah di Taman Seri Mahkota, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia akibat tikaman pada jantung.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada abang mangsa berusia 26 tahun kira-kira pukul 12.30 tengah hari, semalam mendakwa adiknya itu terjatuh semasa bekerja di kandang kambing.

Katanya, pengadu membawa adiknya itu ke Hospital Kulim sebelum disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan bagaimanapun mendapati pengadu membuat laporan palsu untuk menyembunyikan keadaan sebenar. Siasatan mendapati berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dengan adiknya berusia 18 tahun,” ujarnya.

Menurutnya, polis kemudian menahan dua beradik terbabit yang turut didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Punca pertengkaran antara mangsa dengan adiknya masih lagi disiasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI