fbpx

Pasangan rujuk semula selepas 6 tahun bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin ini memilih untuk kembali bergelar suami isteri selepas bercerai enam tahun lalu. – TikTok

JAKARTA  – Sepasang pengantin dari Temanggung, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian pengguna media sosial kerana berkahwin buat kali kedua selepas enam tahun bercerai, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan di platform TikTok, pasangan tersebut dilihat menjalani upacara ijab kabul sambil ditemani anak-anak kandung mereka.

Sebelum bercerai enam tahun lalu, pasangan tersebut dikurniakan empat orang anak perempuan.

“Mereka sudah bercerai enam tahun lalu, namun kembali rujuk dan berkahwin. Kalau jodoh tidak ke mana,” demikian menurut keterangan video yang dimuat naik.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Semoga benar-benar menjalankan tanggungjawab dan mahu berubah serta memperbaiki diri. Sejujurnya, ia tidak mudah,” kata seorang pengguna media sosial.

“Yang paling bahagia adalah anak-anak mereka,” ujar pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI