fbpx

Nik Abduh umum ‘berbuka’ daripada puasa politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Mohamad Abduh

KOTA BHARU – Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh yang sebelum ini mengumumkan berpuasa daripada politik mengambil keputusan untuk menamatkan tempoh puasa itu pada hari ini.

Pengumuman pembatalan puasa politik itu dimuat naik menerusi satu hantaran di Facebook miliknya sebentar tadi.

“Saya berbuka puasa. Payah puasa politik rupanya, kelat mulut,” tulis anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abduh membuat pengumuman di Facebook miliknya sebentar tadi.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, Abduh mengumumkan dirinya berpuasa dan berehat daripada arena politik tanah air dalam suatu tempoh pada 31 Julai lalu.

Menurutnya, tempoh rehat itu merupakan keputusan paling sukar untuk dirinya dan ibu, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

“Saya puasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda. Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” katanya.

Difahamkan, Nik Abduh mengambil keputusan itu selepas berlaku konflik apabila namanya tidak tercalon untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan bertanding di kerusi DUN Chempaka yang merupakan kawasan Allahyarham bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI